//MG.
Moments Profile Linkies Freebies Follow Home

Trip ke Melaka Day 3 (last day)
Wednesday 26 December 2012 | 11:04 pm | 0 love note(s)






Actually nak siapkan entry ni petang tadi, tapi saudari siti fatimah ajak merayap pulak. Terpaksalah tangguhkan. So malam ni nak cerita pasal hari terakhir dekat Melaka, sedihh okay sedihh :/ Tanpa membebel panjang lagi jom tengok apa yang kiteorg buat pada hari ketiga dekat Melaka ni. Sebelum tu, harap maaf ya sekiranya anda merasakan entry ini panjang :3 Okay now jom scroll ke bawah together gether :p


Lokasi yang kiteorg pergi pada hari ketiga di Melaka iaitu hari terakhir sebelum balik ke Kluang ialah Bandar Hilir. Jalan jalan makan angin and beli cenderahati yang boleh dijadikan kenangan di Melaka. Kiteorg bergerak ke Bandar Hilir kira kira jam 10 hingga 10.30 pagi, yang ni sangat sangat tak sure. Ingat nak gerak pukul 9 pagi tapi budak lelaki ahh lambat. Oopss sorry :3





Sebelum tinggalkan apartment ambil gambar dulu. Actually semua memang pakat nak pakai baju putih. Hee >.<
*dari kiri : lily, nani, aku siti*




Ehh? -.- Haha, nak cakap ni kasut kita dengan nani sama. Jangan jeles. Hewhew :3
*dari kiri : nad, nani, aku*





Dengan fake twin kita :3 Macam twin tak? Haha, tapi org selalu keliru bila tengok kiteorg. Innamul pun boleh keliru  xD
*dari kiri : nani, aku*




Muka poyo je -.-'' Haa, ni time dalam bas nak gerak ke Bandar Hilir
*dari kiri : aku, lily*



So, dalam sekitar pukul 10 tu kiteorg pun sama  sama naik bas menuju ke Bandar Hilir yang dekat je dengan apartment kiteorg. Sebelum tu checkout dulu lah >.< Dekat Bandar Hilir kiteorg bebas nak pergi mana pun. Nak makan ke jalan jalan ke. Hee. Perut pun lapar tak sarapan lagi, kiteorg pun pergilah ke Seleria Food Court, Mahkota Parade untuk menjamu selera. Harga dekat sana sangat sangatlah berpatutan, banyak pilihan and semua nampak sedap sedap. Kebanyakkan harga dekat sana under rm10, aku sendiri makan sizzling yee mee. Harga dia rm5, murah kan? Tapi masa kiteorg pergi tu maybe awal lagi so tak banyak sangat kedai yang dah dibuka.




Makan beramai ramai dengan our beloved Miss Nuha :)
*dari kiri : aku, aqlan, bacap, Miss Nuha, amad*




Haii, kita ada sizzling. Nak? :3
*model sizzling : aku*




Nani pun makan sizzling yang sama macam aku and time ni Innamul rembat sizzling nani, dia kata nani bagi. Tak percaya tak percaya. Haha :3
*dari kiri : nani, hazwan, innamul aiman*



Dah kenyang melantak ramai ramai kiteorg pun teruskanlah langkah, jalan jalan dalam Mahkota Parade, main game token >.< and main boling dengan Cikgu Zamri and Miss Nuha sekali. Haha, aku hebatt gila memang main boling =.= tapi yang paling penting lily dengan innamul kalah dengan aku. Lalala :3 Paling menyampah tengok nad, bacap dengan aqlan and semua budak budak yang hebat main boling tu. Tak tinggi pulak score =.= Pemenang yang memperoleh score tertinggi time tu Bacap lah, 101 diikuti dengan aqlan yang beza satu mata 100. Tahniahh lah -.- Nak tahu satu rahsia tak? Time ni Haziq tak tunjuk kehebatan dia main boling. Nyampahh >.<




Bergambar dengan Miss Nuha sebagai kenangan :)
*dari kiri : Miss Nuha, aku*




Cikgu Zamri tengah buat apa tu? Tengok score ke? :p



Sebelum balik mestilah kena beli sesuatu sebagai kenangan. Actually tak tahu nak beli apa, tapi kebetulan nampak tudung coklat dua tone belilah >.< Tudung tu beli dekat Dataran Pahlawan time jalan jalan dekat situ lepas keluar dari Mahkota Parade. Murah okayy kat situ, tudung dua tone yang aku beli tu rm8 je, kalau dekat kluang rm15 kot -.- Lepas tu sambung jalan jalan lagi and aku, nani dengan lily beli gelang serpihan jade sama sama, rm5. Shopping sikit je sebab tak tahu nak beli apa and kejar masa. Pukul dua kena gerak ke bas nak balik Kluang. Bila jam dah menunjukkan pukul dua, semua pun gerak ke bas and dekat dalam bas diadakan majlis penyampaian hadiah dan ucapan. 




Ingat tak malam BBQ, malam tu sebenarnya ada pertandingan tau, Checker Queen dengan Checker King. Nilah pemenangnya. Sepadan kan, bagai pinang di belah belah. Tahniahh ler. Semoga bahagia ke anak cucu. Miss Nuha dengan cikgu Zamri pun restu dah tu :p
*dari kiri : quiyah, anip yusof*



Penyampaian hadiah diteruskan dengan pemenang bagi aktiviti sukaneka, ajk yang terlibat, ketua kelas dan penolong ketua kelas sebagai tanda penghargaan. Juara bagi aktiviti sukaneka ialah kumpulan hijau, nama kumpulan dia tak tahu and tempat kedua dimenangi oleh kumpulan putih iaitu Oyen, kumpulan aku ! yayy ! Mohon jeles :p Tempat ketiga lupa kumpulan mana. Haha -.- Masa tu tengah demam so tak ingat sangat :3




Our ohsemm leader, Haziq Ismail yang handsome. Hee :p





Actually leader kumpulan hijau Hazwan tapi dia balik saing dengan parents dia yang berada di Melaka so Zul pun wakilkanlah. Tengok, siap pakai baju hijau tau. Semangat tuu~ :p




untunglah budak kecik ni dapat hamper. budak kecik tak elok makan jajan banyak banyak. meh sini bagi kat aku :p
*model hamper : nad*




wahh, senyum lebar ketua kelas kita si fairus ni dapat hamper. upah tolong teacher angkat buku apa semua :p



 Majlis yang sederhana tu di teruskan dengan ucapan terakhir oleh guru kelas kiteorg iaitu Miss Nuha and guru ict kiteorg, Cikgu Zamri :)





Cikgu Zamri memberi kata kata terakhir sebelum berakhirnya majlis.





Miss Nuha dah macam retis bagi ucapan :p Miss Nuha menyampai sepatah dua kata dan nasihat terakhir buat kami semua.




Majlis berakhir dengan ucapan Miss Nuha dan Cikgu Zamri, then perjalanan pulang ke Kluang diteruskan. Sedihnya bila ingat yang kiteorg hanya akan jumpa lagi time ambil result spm. Konfem rindu nak ketawa sama sama, kena marah sama sama dalam kelas. Hope kiteorg selalu contact and kalau ada rezeki dapat jumpa. I really love my 4/5IT :') Sayang korang semua tahu tak. So, sampai kat sini dulu entry kali ni. Hope korang suka and tak mengamuk tengok entry ni panjang menjela. Haha :p Assalamualaikum.



Terima kasih kerana sudi membaca :)





MEMORY | PRESENT
Holla ♥





Status ♥


Semoga pemilik blog ini berjaya di dunia dan di akhirat serta di permudahkan segala urusannya. Amin :)

Shouts ♥





Time Machine ♥






Followers ♥



Thanks To ♥



Basecode : sugarsprinkies
Material : onetwothree
Model : onetwo
Edited by : Azman's daugther
Best view : Mr Google

Nuffnang ♥