//MG.
Moments Profile Linkies Freebies Follow Home

Trip ke Melaka Day 2 Part II
Tuesday 25 December 2012 | 10:19 pm | 0 love note(s)




Haii, korang tengah buat apa?  Hee >.< Malam ni nak sambung entry petang tadi pasal trip ke Melaka. Rasanya malas lah nak bebel panjang panjang so jom ke topik utama entry ni ya. Baca tauu :)

Lepas bersukaneka petang tu, mandi laut kat Pantai Puteri apa semua, aktiviti diteruskan dengan malam BBQ. Masing masing pun bersiap siap lah and tema pada malam tu ialah kotak kotak. Boleh pakai baju, tudung, shawl, seluar atau kasut kotak kotak. Tapi kebanyakkannya pakai baju kotak kotak lah and rasanya aku, azyan dengan queiyah je yang pakai tudung kotak kotak. Haha >.< Aku ada jaket kotak kotak tapi rimaslah, dah lah malam so aku lebih selesa kalau pakai tudung kotak kotak. Heee.



Siapa ni? Haha. Tak tahu tak tahu :p


Sementara org yang tolong buatkan bbq tu siapkan hidangan kiteorg main game dulu dekat Pentas Budaya Pantai Puteri kalau tak silaplah >.<" game ni dikendalikan oleh Hazwan dan Fadd. Tahu tak game 1 ekor kambing masuk dalam kandang bekk? Haaa, game tu lah yang kiteorg main. Syokkk tahu tak, asyik ketawa je tengok gelagat masing masing yang fikir apa yang perlu disambung, takut takut salah >.<




tengah tunggu turn nak sambung ayat. Pehal lah muka aku macam tu -.-'
*dari kiri : Miss Nuha, aku, nani*




seronok betul Miss Nuha, main game ni ramai ramai memang best :)


Game ni diteruskan sampailah tinggal dua orang je iaitu Azyan dan Nad. Cuba teka siapa yang menang? Pemenangnya ialah Azyan, sila beri tepukan :p Aku awal awal dah terkeluar dah, tiba tiba sampai turn pegi cakap 7 ekor lembu. Time tu guna lembu pulak, yang pelik kenapa tiba tiba 7?! nampak tak kesengalannya -.- Haha xD And bila BBQ dah siap apa lagi makan lah. Menu BBQ yang kiteorg makan malam tu ikan, sosej dengan ayam disertakan dengan mee goreng dan buah buahan. Memang sedap, tapi aku makan sikit je sebab kenyang tak tahu kenapa and ikan tu tak makan pun, besar sangatttt.




Ni gambar sebelum main game. Budak budak lelaki tolong berbbq.


Dah selesai game and makan hidangan bbq tadi. Kiteorg pun jalan jalan lah dekat sana, ambil gambar apa semua sementara nak tunggu bas sampai.




1 2 3 senyummm xD
*dari kiri : hazwan, fairus, aqlan, anip yusof, amad, kogu, lutfi, firdhaus, thaya, budak ava, budak ava*



Bergambar ramai ramai buat kenangan :)
*dari kiri : lily, fadd, siti, aku, anip yusof*




Gambar dengan Cikgu Zamri mestilah kena ada. Senyum sikit :p
*dari bawah : nani, siti, lily, Cikgu Zamri, aku*




Bergambar dengan adik junior. Adik sangat :p
*dari kiri : aku, innamul aiman, nani, siti*




Bergambar dengan budak budak kelas dan ava, saat terakhir berada di Pantai Puteri sebelum pulang ke apartment :)



Lepas penat bergambar and jalan jalan sekitar Pantai Puteri, kiteorg pun balik ke apartment kira kira jam 11 hingga 11.30 and after that kiteorg bebas nak pergi tgok wayang, lepak atau makan dekat kedai. Aku dengan kawan kawan pun ambil keputusan untuk lepak dekat restoran Al-Ikhwan dengan geng bacap. Makan and minum minum dekat sana hampir pukul 12.30 hingga 1 pagi, tak berapa pasti. Ingat balik dari kedai makan nak terus masuk apartment masing masing tapi addeen dengan nad lepak taman pulak, kiteorg yang lain ni pun ikut jugak lah lepak dekat sana kira kira hampir pukul 2.30 pagi. Hebatt dok? :p




Kalau tak bergambar tak sah. Takpe buat kenangan kan >.<
*dari kiri : nani, aku, siti, lily*





Apa jelah yang diorang buat ni? Ingat kecik lagi ke? Haha xD
*dari kiri : haziq, addeen, aqlan, hazwan, nad*



Dan! Tiba tiba ku rasakan badan tidak berapa nak sedap, tekak tiba tiba perit. Perut meragam, lalu ku hampiri adila hani dan mengajaknya pulang. Haha, penulisan nak dramatik je -.-' Tiba tiba boleh sakit perut, badan rasa lemah nak demam. So, aku pun ajaklah balik and malam tu jugak demam. Siott tak siott lah kan =.=


Rasanya sampai kat sini dulu entry kali ni. Sambungan jalan jalan di Melaka pada hari ketiga akan diupdate pada hari esok. Guey udah capek lohh. Haha. Oleh itu, sekian dari saya :p Hope korang suka entry ni. Sorry if panjang and terbebel lebih >.< Assalamualaikum.



Terima kasih kerana sudi membaca :)





MEMORY | PRESENT
Holla ♥





Status ♥


Semoga pemilik blog ini berjaya di dunia dan di akhirat serta di permudahkan segala urusannya. Amin :)

Shouts ♥





Time Machine ♥






Followers ♥



Thanks To ♥



Basecode : sugarsprinkies
Material : onetwothree
Model : onetwo
Edited by : Azman's daugther
Best view : Mr Google

Nuffnang ♥