Trip ke Melaka Day 2 Part I
Tuesday, 25 December 2012 | 1:05 pm | 2 love note(s)

Selamat tengahari semua :) Hari ni nak meng-update pasal trip ke Melaka pada hari kedua iaitu pada 21haribulan Disember yang lalu. Sebelum tu kena imbas dulu gambar gambar dekat Melaka, ambil feel baru boleh menjiwai entry yang nak ditulis. Ececeh. Tapi betulkan, siapa setuju angkat kening :p Bebel pulak aku, okaylah jom sama sama kita tengok apa yang kiteorg buat pada hari kedua di Melaka :)
Aktiviti pada hari kedua di sebelah pagi bebas, boleh pergi jalan jalan sendiri dekat sekitar apartment kiteorg. So, aku dengan kawan kawan aku ambil keputsan untuk pergi sarapan dekat restoran Al-Ikhwan pagi tu. Roti canai satu ! Hee. Then balik ke apartment untuk siapkan barang barang bagi aktiviti di sebelah petang. Sebelum tu pergi YY beli maggi dulu. Nampak tak maggi memanjang? xD Ini untuk tengahari malas nak keluar pergi restoran Al-Ikhwan tu, capek dongg >.<

*dari kiri : lily, nani, aku, siti*
After dah makan maggi, iron baju yang nak dipakai pulak untuk malam BBQ di Pantai Puteri. Kiteorg berada dekat situ dari petang terus ke malam. So, kena get ready lah awal awal.

Lelong lelong. Ce try teka mana baju aku? :3 Sebuk je baju T90 tu, nak hanger jugak -.-
Kiteorg bergerak ke Pantai Puteri naik bas PLKN pada pukul 3 untuk aktiviti sukaneka yang telah diuruskan oleh Ajk yang terlibat. Tak pergi PLKN, nak basnya pun jadilah :3

Bergambar buat kenangan sambil menunggu pakcik bas. Muka baru bangun tidur sebenarnya xD Beg aku ohhsem boleh sangkut baju, korang ada? :3
*dari kiri : siti, aku*
Perjalanan di teruskan ke Pantai Puteri, kiteorang sampai kira kira jam 3.30 kot, tak pasti. Tunggu bas apa semua kan. And dekat sana kiteorg main empat jenis permainan, sebelum tu buat aktiviti bebas sementara tunggu Ajk yang terlibat siapakan permainan. Dekat sana jugak kiteorang dibahagiakan kepada beberapa kumpulan, secara kebetulan kumpulan aku pakai baju oren dengan kuning and sedikit biru. So, kiteorg namakan kumpulan kiteorg Oyen xD

Miss Nuha and the boys berjalan jalan di persisiran pantai. Bodyguard miss tu semuanya :p
*dari kiri : Miss Nuha, hanif syazwan, fairus, zul*

Hero malaya duduk bersantai di tepi pantai xD
*dari kiri : solleh, fadd, cikai, thayalan, lutfi*

Gambar ni tak sengaja diambil oleh siti. Masa ni tengah main main tepi pantai :)
*dari kiri : aku, nani*

Budak budak lelaki sedang main bola.
*model bola : cikai*

Bila dah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kena makeup lah sikit. Haha xD Ayat Miss Nuha masa ni, lebih kurang lah. 'I'm sorry, teacher akan sedaya upaya buat secomel yang mungkin' >.<
*dari kiri : Miss Nuha, aku*

Our handsome leader duduk atas tembok, ingat kerusi apa? :P
*dari kiri : Haziq Ismail, budak ava (tak tahu nama), aqlan*

Menunggu aktiviti sukaneka dijalankan, duduk dalam kumpulan. Aku kumpulan last sekali tu, nampak tak orangenya? :p

Nani, belon air je jangan takut :p Aku yang baling belon tu kat dia >.<

Ni time dah habis semua game. Main kepung kepung paklong a.k.a ajib. Haha sengal >.<
*dari kiri : lily, siti, ajib, aku, nani*

Berdamai selepas berperang. Haha xD
*dari kiri : ajib, fadd*

Bergambar dulu, buat kenangan :) Btw, makeup nani is ohhsemm!
*dari depan : siti, nani, amad, zul*
Banyak lagi sebenarnya gambar nak share.Tapi cukuplah ni. So overall, memang seronok sukaneka petang tu, btw sebenarnya hujan lebat sekejap tapi alhamdulillah reda, dapatlah kiteorang teruskan aktivti and lepas game semua habis apa lagi pegi main lah dekat pantai. Pantai Puteri macam curam tapi sebenarnya bila ketengah sikit pasir dia halus sangat. Heee. Rindu pulak dekat Pantai Puteri :/ Jadi, sampai sini dulu entry kali ni. Sambungan malam BBQ akan menyusul dalam entry Trip ke Melaka Day 2 Part II. Hope korang suka. Assalamalaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca :)
