//MG.
Moments Profile Linkies Freebies Follow Home

Trip ke Melaka Day 1 Part II
Monday 24 December 2012 | 2:48 pm | 3 love note(s)




Ohoihoii, entry ni merupakan sambungan bagi entry Trip ke Melaka Day 1 Part I. So tanpa membuang masa mari kita teruskan :) Sekali lagi diingatkan, harap bersabar sekiranya anda merasakan entry ini panjang >.<

Lepas penat bermandi manda dekat Melaka Wonderland sampai pukul 5 hingga 6, tak pasti sangat. Lupa nak tengok jam. Kiteorg bersama sama budak budak kelas 5IT dan budak budak ava serta guru pengiring bergerak ke apartment untuk check in. Nama apartment yang kiteorg duduk tu kalau tak silap Garden City. Serius, apartmentnya okay sangat dan selesa. Ada satu master room yang disertakan dengan tandas, dua bilik tidur dan satu lagi tandas. Dapur dengan ruang tamu konfemlah ada sekali. Kat apartment kiteorg ni pun  ada alatan untuk memasak, televisyen dan air-cond di setiap bilik, memang berbaloi lah :) Dah sampai tu apa lagi lepak lepak lah dulu, penat main air lah katakan >.<


Aktiviti kiteorg diteruskan dengan mengunjungi Melaka River Cruise. Bukan kunjung je tau, naik sekali :p Kiteorg gerak and sampai dekat Melaka River Cruise kira kira jam 8.30 hingga 9 malam. Sebelum tu pergi makan malam and minum minum dulu dekat restoran Al-Ikhwan yang berhampiran.




Ni lah Melaka River Cruise. Dah sampai kenalah bergambar sikit. Hee >.< Tetibe 'e' lampunya tak hidupkan. Haha -.-'
*dari kiri : nani, aku, lily, siti*




sebahagian budak budak lelaki kelas 5IT, amad lah paling posing maut. siap duduk melunjur atas lantai. Haha xD
*dari kiri : hanif yusof, bacap, fairus, addeen, aqlan, amad, zul*




Melaka River Cruise here i come ! :*




Dah dekat dalam bot mestilah bergambar, buat kenangan (:
*dari kiri : nani, lily, aku*



Kalau kita naik bot menyusuri sungai Melaka dia akan mengambil masa selama 45 minit. Memang berbaloi sangat sangat. Pemandangan bangunan bangunan sepanjang sungai Melaka sangat sangat cantik okay! Rasa macam dekat luar negara. Serius. Di sepanjang sungai Melaka tu nanti kita dapat lihat bahagian berjalan kaki yang dihiasi dengan bunga bunga dan lampu lampu, suasana dia romantik sangat *blink blink. Ada juga restoran ala ala barat yang sangat cantik dan kalau kita tengok bangunan bangunan dekat situ, diorang hias dengan lukisan yang menarik dan cantik. Sambil naik bot sambil cuci mata :) Dekat sini kiteorg melepasi sebanyak 7 hingga 8 buah jambatan yang kesemuanya lawa dan unik. Contohnya seperti dekat bawah ni.



Haaa, lawa tak? Nama jambatannya tak ingat plus tak nampak >.<
*dari kiri : cikai, solleh*




Ni lah jambatan yang paling aku suka and rasanya ni lah yang paling cantik, tak tahu pulak nama jambatannya sebab tak nampak tulisan dekat jambatan tu. Btw, lawakan gambar ni >.<
*model : cikai*


Pemandangan dekat sepanjang sungai Melaka sangat ohsemm, tak rugi kalau korang naik if korang berkunjung ke Melaka. P/s : kepada yang duduk dekat bahagian depan macam cikai tu kenalah tahan dengan percikan air herba dari sungai Melaka. Haha :p Aku kira org yang duduk bahagian depan jugak, memang sedaplah main air herba dekat situ >.< Btw, mainan lampu dan cahaya di sepanjang sungai Melaka amat memainkan peranan, sebab lampu dan ahaya itu yang yang menjadikan suasan dekat situ lagi indah, cantik, unik dan romantik (:


Lepas seronok naik bot sama sama, kiteorg pun balik ke apartment  and sampai di apartment kira kira jam 11 malam. Dah sampai tu singgah kedai dulu beli apa yang patut. Hee >.<




Lepas beli maggi dekat YY, untung apatment dekat dengan kedai. Kat tengah jalan pun sempat bergambar. Haihh >.<
*dari kiri : nad, aku, lily, nani, hanif syazwan, bacap, addeen*


Dah sampai apartment, makan maggi, siap siap apa yang patut terus masuk tidur kira kira jam 12.30 pagi. So, itu lah aktiviti kiteorg pada malam hari pertama di Melaka. Sampai di sini dulu entry kali ni, hope korang suka. Sambungan bagi trip ke Melaka pada hari kedua akan menyusul. Tunggu dan baca tau :3. Assalamualaikum.



Terima kasih kerana sudi membaca :)





MEMORY | PRESENT
Holla ♥





Status ♥


Semoga pemilik blog ini berjaya di dunia dan di akhirat serta di permudahkan segala urusannya. Amin :)

Shouts ♥





Time Machine ♥






Followers ♥



Thanks To ♥



Basecode : sugarsprinkies
Material : onetwothree
Model : onetwo
Edited by : Azman's daugther
Best view : Mr Google

Nuffnang ♥