//MG.
Moments Profile Linkies Freebies Follow Home

Trip ke Melaka Day 1 Part I
Monday 24 December 2012 | 11:55 am | 0 love note(s)





Haiii >.< hari ni nak update blog pasal trip ke Melaka pada 20 hingga 22 haribulan yang lalu, dah dapat gambar time kat sana kan. Update lah apa lagi. Hee. Trip ni yang pergi budak budak kelas aku, 5IT dan disertai dengan budak budak ava. Guru pengiring dia of couse lah our beloved Cikgu Zamri bin Rohani, guru ICT kiteorg yang sangat berdedikasi ♥ dan Miss Noorunnuha Shahfuddin, guru BI dan guru kelas kitorg yang sangat ohhhsemmm! Trip ni diadakan selama tiga hari dua malam. Sepanjang tiga hari dua malam tu banyaklah aktiviti yang kiteorg buat. So entry kali ni nak cerita hari pertama kiteorg di Melaka :) P/s : entry ini panjang, jadi sila bersabar ketika membacanya :p


Kiteorg berkumpul dekat depan sekolah jam 7.30 pagi, cadangnya nak gerak pukul 8 tapi atas sedikit masalah kiteorg pun bertolak ke Melaka pada jam 9.00 pagi bersama dengan budak budak 5IT, ava dan guru pengiring, haaa, dengan pakcik bas tu sekali lah >.<




Ni kita dengan Lily >.< macam biasa duduk tepi tingkap, kita suka berangan tepi tingkap :3



Dan perjalanan diteruskan sampailah ke Pagoh, and dekat Pagoh kiteorg berhenti untuk sarapan and ambil Anip Yusof dengan Hanif Syazwan, diorg tunggu dekat situ.




Hee, kita dengan lily lagi. Actually kongsi je mee sup ni sebab masing masing takut sakit perut. Lily pun perut tengah meragam. Btw, harga dekat perhentian Pagoh ni okay, tak mahal sangat and mee sup yang kiteorg makan ni pun sedap >.< Baskin Robin pun ada dekat sini.



Dah siap makan, beli apa apa yang patut. Perjalan diteruskan dan lokasi yang kiteorg nak tuju ialah Melaka Wonderland. Yeah! Mandi mandi! >.<  Kiteorg sampai ke Melaka Wonderland kira kira jam 12 hingga 12.30 tengahari.




Time ni nak pergi beli tiket, nampak tak aku mendahului *beg purple ? Semangat nak bermandi manda punya pasal xD




Masa ni dah siap beli tiket, tengah nak beratur masuk ke dalam :)
*dari kiri : nad, lily, aku, nani, azyan, anip yusof*




Haaa, time ni dah masuk dah. Nampak tak apa yang dekat tangan kiteorg tu? Kalau dah masuk kita akan pakai benda alah tu, actually tu lah tiketnya.Kiteorg bukan nak 'chaiyok chaiyok' atau nak 'gambate gambate' ya, nak pleasing tiket tu sebenarnya :p Btw, sebelum masuk nanti diorg akan cek beg kita, kalau kita bawak makanan kena tinggalkan kat luar. Makanan is not allowed ya.
*dari kiri : aku, nad, nani, lily*



Lepas dah beli tiket, dah masuk apa semua kiteorg pun pergi ke loker untuk simpan barang, nak cerita pasal loker tapi sebelum tu nak cerita pasal tiket dulu. Untuk tiket, adult dikenakan rm30 tapi Miss Nuha dapat cupon buy one free one, so kiranya satu cupon dua org sorang bayar rm15. Save sikit budget kan :) 

Dah siap beli tiket apa semua kiteorg terus ke loker untuk simpan barang. Kiteorg simpan barang barang penting macam hp dengan duit je so ambil satu loker je. Untuk guna loker kita kena beli token, satu token rm5. Habis beg kiteorg tu letak mana? Haaa, kiteorg letak kat dalam tandas, dalam beg tu ada baju je so tak risau lah. Kiteorg ingat masuk tu nak bawak tab siti fatimah nak ambil gambar tapi takut lah hilang, lagipun susahlah nanti nak mandi manda jadi tinggal je dalam loker. Oleh yang demikian, gambar kat dalam Melaka Wonderland tak ada :( Actually ada, dekat dalam sana ada jurugambar yang ambil gambar orang yang mandi manda kat sana and kalau kita nak beli gambar yang besar rm20 yang and kecik rm10 tapi aku tak beli pun. Kat sana aku dengan Nani jadi model tau. Hihi :p

Lepas tu kiteorg pergi beratur untuk beli double tube. Apa tu? Double tube tu pelampung untuk dua orang. Macam kiteorg dapat cupon, jadi kena bayar rm10 je untuk deposit and after kita pulang double tube tu dia akan pulang rm10 kita. Tapi kalau tak dapat cupon, kena bayar rm10 untuk sewa rm10 lagi untuk deposit. Actually aku dengan nani dapat extra cupon dari sorang akak ni, thanks akak :)

Dah ambil double tube apa lagi, enjoylah semua permainan dekat sana. Melaka Wonderland ada tiga fasa, fasa pertama tempat mandi manda org dewasa, dekat sana ada ombak buatan. Tapi kiteorg tak pergi pun -.- Fasa kedua tempat mandi manda budak budak. Haaa, kat sini kiteorg pergi. Siap join adik adik kecik ni main gelonsor air apa semua. HAHA :3 Fasa ketiga pulak tempat permainan, ada kira kira 9 permainan tapi ada yang dah ditutup atas sebab sebab tertentu. Serius best main dekat sana. Tapi masa kiteorg pergi banyak gila orang jadi kenalah beratur kalau nak main tapi tak ada lah lama sangat menunggu. Dekat sini nak ceritalah sikitkan yang aku main luncur gelongsor, tersangkut dekat tengah tengah. Faktornya samada masa tolak kaki tu tak kuat and berat badan kurang. Lepas tu siap jalan lagi dekat atas gelongsor, semua orang kat bawah ketawa kot -.- HAHA buat dek jelah siap senyum. Kesah apa? Aku yang bayar, sukahati lah kan nak jalan terbang ke berenang ke kan. Btw, Nani pun tersangkut juga :3




Haaa, ni lah yang aku maksudkan. Btw, best game ni lagi lagi kepada yag lepas tu. Kecut perut wehh xD
*gambar curi dari Mr Google*



Puas kiteorg main game, cuma gelongsor anaconda tak main sebab dia kena pakai swimming suit atau bukak baju. Bukak baju? Memang tak ada lah org perempuan nak main. Faktornya mungkin menggelakkan dari tersangkut dekat dalam gelongsor yang macam anaconda tu. Dah puas tu perut pun mestilah lapar, kiteorg pun pergilah makan dekat cafe dalam Melaka Wonderland. Dekat sana jual fast food, kentang dan nudget nudget. Kiteorg dapat cupon lunch dari Miss Nuha, jadi makan pun extralah sikit >.< Dah siap makan, tukar baju and gerak ke bas untuk ke apartment yang telah disewa. Lepak gila badan -.-


Jadi, sampai kat sini dulu entry kali ni. Entry seterusnya bakal menyusul. Tunggu ya >.< Btw, maaf kerana terlalu panjang. Dah menaip tu, panjang pendek entry lupa. Tak ingat dunia >.< Hope korang suka. Assalamualaikum.



Terima kasih kerana membaca :)





MEMORY | PRESENT
Holla ♥





Status ♥


Semoga pemilik blog ini berjaya di dunia dan di akhirat serta di permudahkan segala urusannya. Amin :)

Shouts ♥





Time Machine ♥






Followers ♥



Thanks To ♥



Basecode : sugarsprinkies
Material : onetwothree
Model : onetwo
Edited by : Azman's daugther
Best view : Mr Google

Nuffnang ♥