//MG.
Moments Profile Linkies Freebies Follow Home

The Best Answer In The World
Friday 14 December 2012 | 11:02 pm | 0 love note(s)








Tajuk entry nak hebat je :p HAHA. So, entry kali ni nak jawab soalan yang telah dikemukakan oleh cik strawberrychocolate. Macam biasa 15 soalan. Jenuh aku nak memikirkan jawapannya. Penat tau :3 Maka, anda sebagai reader(s) perlulah membacanya dengan teliti :p Tanpa membuang masa, here we go. Jom scroll ke bawah sama sama. Hikhik >.< Btw, akak comel kat atas ni soyeon :3 *iklan kejap :p




1) nama manja yang dipanggil oleh keluarga kamu ?
Yana. Tokmak, tokbah, makcik, pakngah, makngah, ibu, ayah, moyang, sedara, sepupu, sepapat semua panggil aku yana :)

2) kalau berpeluang bercuti di luar negara, negara mana yang korang nak pegi dan dengan siapa ?
Kita teringin nak pergi jepun dan korea :3 Suasana kat sana cantik sangat, cuaca kat sana ohsemm. Dengan bakal suami mesti lah dengan keluarga dan bestie :P

3) insiden yang tak boleh lupa semasa zaman persekolahan ?
Yeah. Masih segar di ingatanku masa aku nak amik anugerah masa hari kualiti kategori badan beruniform tersalah kawad. Mak aii, malu tak terkata. Rasa nak lari laju laju, golek golek atas tanah terjun gaung T~T

4) tabiat yang biasa dilakukan sebelum tidur ? *macam sikat rambut, sapu losyen...
Berangan. Hikhik. Berangan apa, rahsia :p selain itu aku akan tengok hp mana tahu ada text kan, reply dulu disamping cek jam dah pukul berapa >.<

5) siapa idol kamu dan jika berpeluang bertemu dengan beliau, apakah yang kamu ingin perkatakan ?
Hyun bin. Kalau jumpa dia, aku lari laju laju, peluk dia kuat kuat and ajak kawin. Konfem dia terima kan. Yes, i know xp

6) andai wujudya alam fantasi, negara yang macam mana kamu nak bina ?
wah soalan o.o aku nak negara yang penuh dengan coklat, sushi, cotton candy, semua makanan makanan yang sedap yang aku boleh makan dengan percumanya. And ada pusat beli belah yang banyak baju baju lawa yang aku boleh amik bila bila masa sesuka hati. Ha! nak yang ada taman tema air dengan game yang ohsemmm yang aku boleh main sampai muntah 67 kali. Hohoho \(^o^)/ *berangan nombor satu :p

7) makanan pilihan korang apabila berada di MCD.. ?
Mcchicken pada waktu lunch, rm6++. Save budget. Kita budak student lagi takde duit, kena save save :P

8) satu hari , masa tengah daing dengan bf, kamu terserempak dengan ex kamu, dia senyum, apa yang korang akan buat, and kenapa ?
Senyum balik dengan hati terbuka dan ikhlas. Mana tahu dia jatuh hati balik kan. HAHA. Buat apa nak bermasam muka, gaduh gaduh. Tak baik, lebih elok kalau kita berbaik baik kan. Mengeratkan hubungan silaturahim gitu :3

9) andaikan satu hari nanti kamu antara orang yang berjaya, siapakah kamu pada masa tu ?
apakah? Haaa, jawapannya ialah Nur Amy Dayana Binti Mohd Azman. Hee, saya mungkin dan insyaAllah menjadi seorang Pegawai Tertinggi dalam bidang ict, Pengusaha makanan yang terkemuka *makan makan makan ! :D dan mungkin pengurus hotel terhormat. Amin :))

10) tempat yang tak boleh miss bila hangout dengan kawan ?
KP dan KM, sebab itu je yang ada. Haha -.-

11) impian yang dah lama dipendam dan sekarang dah tercapai pun ? *contoh, dapat lappy baru ke... dapat beli motor ke... hehehe
Banyak yang tak tercapai acane? Hmm, rasanya tiada lagi lah saudari farah afiqah. Sobs sobs :'(

12) perkara yang kamu benci apabila keluar dengan lelaki ? *merokok ke, meludah ke...
Yup, merokok dan meludah kerana ianya sangat tidak sopan. And kalau merokok asap dia fuhh. Ohsemm! :D

13) apa yang kamu rindu tentang kawan kawan kamu ?
Karaoke, main pondok pondok kat dapur, lepak-ing, gosip, cerita pasal lelaki idaman.  Haha. Gatai naa -.-'

14) antara novel cinta dengan novel seram, mana satu pilihan kamu, dan kenapa ?
Of course novel seram. Creepy gitu. Wuu wuu (~o.o)~ kenapa? kerana saya meminati cerita cerita horror and pada saya novel sebegitu lebih fresh berbanding novel cinta yang pada kebiasaannya kita dapat agak jalan cerita dia :)

15) selepas menjawab soalan soalan apakah perasaan kamu ?
Dah habis ke? esok post soalan yang baru eah eah eah? :3



Selesai sudah tugas menjawab soalan cepuk emas cik strawberichocolate ni. Lain kali kita main balas balas soalan lagi eah. Hee >.< Oleh itu, sampai disini sahaja entry kali ini. Assalamualaikum.



Terima kasih kerana sudi membaca :)





MEMORY | PRESENT
Holla ♥





Status ♥


Semoga pemilik blog ini berjaya di dunia dan di akhirat serta di permudahkan segala urusannya. Amin :)

Shouts ♥





Time Machine ♥






Followers ♥



Thanks To ♥



Basecode : sugarsprinkies
Material : onetwothree
Model : onetwo
Edited by : Azman's daugther
Best view : Mr Google

Nuffnang ♥