//MG.
Moments Profile Linkies Freebies Follow Home

Bandar Warna-Warni
Tuesday 11 December 2012 | 10:05 pm | 0 love note(s)





Portugal


Lawa tak? Lawa kan, kreatif sungguh. Ni merupakan sebuah bandar dekat Portugal. Tempat jalan jalan dia berbumbungkan atau beratapkan payung berwarna warni. Comel kot, comel lagi bila ada pakcik yang tengah duduk berehat kat situ. Heee >.<  Gambar ni aku jumpa masa tengah blogwalking, tapi lupa dekat mana, comel sangat jadi aku save lah >.<

Actually hari ni nak kongsi pasal bandar warni warni yang ada dekat seluruh negara. Ni semua ekoran bandar warna warni dekat Portugal tu lah. Hik. Btw, jom scroll bawah ya (:


Riomaggiore, Italy


Riomaggiore, haa terputar belit lidah nak menyebutnya xD Menarik bukan, bangunan dia warna warni then dekat bawahnya laut. Ha, boleh lah terus terjun ke bawah dari atas tuu. Haha, gurau gurau :p Btw, lawa pemandangannya dari sudut ini.


Willemstad, Curacao, Neherlands Antilles


Comel kot bangunan pink kat tengah tengah tu, agak agak jual apa ek? Barbie doll kot :p Hee, apa apa pun tetap comel lah bangunan bangunan ni.



Wroclaw, Poland


Okayyy, yang ni lawa sangat. Cuba tengok bentuk atau ukiran dekat bahagian setiap bangunan tersebut, dekat bumbung dia. Cantikkan, berbagai bagai jenis bentuk ada. Memang kreatif betul pereka bangunan mereka ni :)



Longyearbyen, Svalbard, Norway


Even kilang pun warna warni, mungkin sebagai pembakar semangat pekerja pekerja dan mendapatkan mood diorang. Mungkin? And, ini kilang kan? Nampak macam kilang >.<



Nyhavn, Copenhagen, Denmark


Yang ni macam dekat Netherlands and Poland. Memang bestlah kan jalan jalan dekat bangunan warna warni yang lawa tepi laut. Weee ^.^



Guanajuato, Mexico


Selain warna warni, bangunan rumah mereka ni dibina bertingkat tingkat. Mungkin kerana bentuk georafi negara mereka. Btw, unik :)



Lima, Peru


Ha, ini adik beradik dengan bandar dekat dengan Mexico and Italy. Warna warni and bertingkat tingkat :)




Bryggen, Bergen, Norway


Okayyy, yang ni aku suka. Unik, cantik nampak tenang je. Siapa boleh bawak aku pergi sini? Nak pergi nak pergi :3




La Boca, Buenos Aires, Argentina


Pink, oren, biru, hijau. Haaa, semua ada. Memang warna warni betul. Even kerusi pun ada pilihan warna. Hik >.< So, inilah bandar warna warni yang terakhir dalam senarai bandar warna warni :)


Agaknya bila Malaysia nak buat bandar warna warni macam ni? Comel tak agak agak? Hik. Setiap orang ada pendapat masing masing bukan. Jadi sampai kat sini je entry aku hari ni. Sekadar mengisi masa yang terluang. Assalamualaikum.


cr: x lupa.com


I hope you like this entry :)





MEMORY | PRESENT
Holla ♥





Status ♥


Semoga pemilik blog ini berjaya di dunia dan di akhirat serta di permudahkan segala urusannya. Amin :)

Shouts ♥





Time Machine ♥






Followers ♥



Thanks To ♥



Basecode : sugarsprinkies
Material : onetwothree
Model : onetwo
Edited by : Azman's daugther
Best view : Mr Google

Nuffnang ♥